Jus Minuman ini Patut anda Amalkan Agar Tetap Sihat di Musim Panas



Salam sejahtera semua,

Musim panas yang melanda negara kita ketika ini amat merisaukan,ini salah satu ujian allah untuk kita agar bersyukur dan sentiasa mengingati-Nya. 

Musim panas ini bukan sahaja air sungai,tasik,lombong,empangan dan lain-lain menjadi kering malah tubuh kita juga akan kekurang banyak air.

Sekarang ni dah banyak kes kesihatan dan ada juga melibatkan kematian disebabkan cuaca panas dimana badan  DEHIDRASI yang melampau.

Saya nak share sikit tanda-tanda DEHIDRASI ,mana tahu kan anda ada tanda-tanda ini tapi diabaikan.Antaranya adalah :


  • Muka menjadi merah
  • Tekanan darah rendah
  • Terasa dahaga
  • Pengsan
  • Kulit menjadi kering dan panas ( kulit muka, dsb )
  • Pengecutan otot yang teruk dibahagian kaki, lengan, perut, dan belakang badan.
  • Tidak dapat membuang air kecil atau jumlah air kencing berkurangan dan berwarna kuning pekat
  • Sawan ( kegagalan otak untuk berfungsi seketika pada saat itu )
  • Pening, lemah, sakit kepala
  • Mata cengkung dan kering
  • Mulut dan lidah kering dengan air liur yang pekat
  • Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut
  • Kekejangan di kaki dan lengan
  • Pernafasan menjadi cepat dan dalam( seperti serangan penyakit asma/lelah )
  • Sedikit atau tiada air mata ketika menangis.


Tubuh badan manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkan semuanya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel.

Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa melayunya, dikenali sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya :

  • Ketika membuang air kecil
  • Semasa muntah atau cirit birit
  • Ketika berpeluh
  • Melalui paru-paru semasa bernafas

Jika badan kehilangna sejumlah besar cecair dan garam tidak digantikan degna segera seperti meminum air, badan akan’ kekeringan’.  Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini adalah :


  • Bayi yang berumur  di bawah 1 tahun
  • Warga tua
  • Mereka yang mengalami demam
  • Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas
  • Anda yang kerja dalam ekon pagi petang
  • Kerja di lapangan
  • Kuat bersukan

5 jenis jus buah-buah yang sedap dan sihat untuk diamalkan ketika musin panas,ia bukan sahaja menghilangkan dahaga tapi memberi manfaat besar pada tubuh kita tau.Diantaranya:

JUS ANGGUR  - Agur  adalah buah yang kaya akan vitamin dan antioksidan. Dan janganlah membuang bijinya, sebab didalam bijinya terdapat antioksidan terbanyaknya. Jus anggur mampu mencegah dan mengurangi rIsiko penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

JUS EPAL - Buah apel banyak mengandung fitonutrien yang dapat mencegah kolestrol jahat sehingga membuat anda menjadi lebih sIhat. Serat dan vitamin C  nya mampu membantu program diet anda dengan lancar, sebab dapat jus apel membuat anda merasa kenyang lebih lama.

JUS DELIMA - Delima adalah salah satu jenis buah yang jenis antioksidannya paling lengkap. Mengkonsumsi jus ini mampu melambatkan penuaan dan penyakait kanser.

JUS JERUK - Jus jeruk sangat lejat dikonsumsi /disajikan sejuk atau panas. Dengan vitamin C, kalsium, antioksidannya yang sangat berguna bagi otot, kulit, pertumbuhan tulang dan peredaran darah.

JUS STRAWBERY - Jus ini sangat berguna bagi orang yang sedang mengalami kekurangan darah. Sebab dalam strawbery terdapat kandungan zat besi yang mampu memproduksi sel darah merah.

Ok ini sahaja untuk saya kongsikan dengan anda diluar sana,banyak lagi jus-jus minum yang boleh diamalkan,sahaja saya tak tulis sebab anda dah tahu tapi tak amalkan .semoga ianya bermanafaat.Jagalah kesihatan bukan sahaja ketika musim panas tetapi sepanjang anda hidup ye.

Akhir sekali kalau post saya ini berguna untuk anda dan kawan-kawan anda diluar sana boleh la share dengan mereka.Kalau tidak abaikan sahaja ye.

Ok , bye-bye.... 




Related Incoming Search item:
  • strok haba
  • dihidrasi
  • cuasa panas melampau
  • cara jaga kesihatan musim panas
  • jus kesihatan musim panas
  • aktiviti ketika musim panas
  • cara elak strok haba

Share this

Related Posts

First