Salam hai,
Hari ini ramai diantara kita sama ada lelaki atau perempuan mempunyai perut kendur,ini disebabkan gaya hidup hari ini dan cara kerja seharian kita yang membuatkan kita jarang bersenam ,ditambahkan lagi dengan makanan yang ada dimalaysia ini memang lazat-lazat dan pelbagai.
Jadi tak hairanlah mejoriti daripada kita mempunyai perut yang buncit dan kendur,,, lagi malang selepas berkawin makin menjadi-jadi kesannya.
Perut buncit dan kendur ini akan menyebabkan penampilan kita tidak cantik..... dan yang paling merugikan baju2 lama yang masih baru pun tak dapat dah nak pakai kan.
Jadi disini ada sedikit petua tradisional seisi keluarga dengan kos yang tersangat murah,cuma kita kene istiqamah jelah buat baru nampak kesannya.
Rawatan Perut Kendur
Jika kita mengalami masalah berat badan perut kita tentu kendur dan buncit.Dengan situasi ini penampilan kita tentunya tidak menawan.
untuk mengatasi masalah perut kendur ini kita boleh amalkan petua ini:
Ambil sebiji limau nipis perah airnya pada piring setelah itu ambil sedikit kapur sirih,gaulkan dengan limau nipis tadi.
Ketika hendak tidur kita sapukan bahan tadi pada perut.lakukan setiap malam sehingga kita memperolehi hasilnya..
itu sahaja,mudahkan,cuma nak istiqamah tu tak ramai yang berjaya buat.Dengan petua ini,kos yang diperlukan hampir percuma,bahan yang diperlukan kita boleh ambil dekat dapur jekan. kalau tiada beli dekat kedai baru berapa ringgit jer..
Ok,semoga petua ini dapat membantu anda mengurangkan perut kendur diwaktu lapang secara percuma dan istiqamah....