Petua dan cara menghilangkan sakit gigi dengan cepat

Orang kata, sakit gigi sama sakitnya macam nak bersalin. Punyalah sengsara, rasa macam nak tumbuk orang. Kalau anda sedang sakit gigi, jom baca 25 petua hilangkan sakit gigi dengan cepat yang dijamin berkesan.



1. Daun salam & bunga cengkih
Daun salam dan bunga cengkih adalah salah satu petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Bahan-Bahan yang diperlukan ialah 3 biji bunga cengkih, 5 helai daun salam, dan air secukupnya. Cara membuatnya, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan helaian daun salam dan bunga cengkih ke dalam periuk. Rebus sehingga air rebusan mendidih dan mengeluarkan aroma wanginya.

Gunakan untuk berkumur pada setiap waktu sebelum tidur, insha Allah sakit gigi anda akan semakin berkurangan.

2. Air garam & limau nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

3. Gambir
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.



4. Garam & lada hitam
Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.




5. Limau nipis
Buah limau nipis juga berkesan untuk mengatasi sakit gigi berlubang dan juga gusi bengkak. Ambil sebiji buah limau nipis, perah dan ambil airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, kumurlah selalu.

6. Daun sirih & bunga cengkih
Petua hilangkan sakit gigi yang seterusnya  adalah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bersifat sebagai antibiotik yang boleh menyembuhkan luka dan membunuh bakteria pada gigi berlubang. Rebus kedua bahan ini, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Ulang sehingga sakit gigi anda sembuh.

7. Ais
Tuamkan ais ke pipi di bahagian gigi yang sakit. Jangan lupa untuk alaskan ais dengan kain. Jangan tuam ais secara direct ke kulit muka. Nanti sakit gigi hilang, pipi pulak merah menyala.

8. Daun jambu batu
Ada 2 cara untuk anda menghilangkan sakit gigi dengan menggunakan daun jambu batu. Cara pertama, anda boleh terus mengunyah daun jambu batu. Tak lama selepas mengunyah, anda akan mula berasa kebas dimulut lalu sakit gigi anda akan hilang.

Cara kedua ialah dengan merebus daun jambu batu bersama sedikit garam dan dijadikan sebagai air kumuran.

9. Teh hitam
Teh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu menghilangkan sakit dengan cara mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur. Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit untuk kelegaan sementara membuat temujanji dengan doktor.






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »